Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.

Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.

Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.

Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.

Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Riang Ria Cuti Sekolah

26 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program “Riang Ria Cuti Sekolah” merupakan sebuah program yang melibatkan semua ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1Malaysia. Program ini melibatkan aktiviti pertandingan puzzle ABC bagi kanak-kanak berumur 6tahun kebawah, pertandingan mewarna poster keluarga saya bagi kategori sekolah rendah dan pertandingan teka silang kata bagi kategori sekolah menengah. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti ini dapat mengisi masa lapang mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah...baca selanjutnya

Program 'Jom Santai'

27 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program 'Jom Santai' merupakan program yang melibatkan semua masyarakat belia Kampung Chabau yang terdiri dalam kalangan ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1Malaysia dalam mengenali kepelbagaian permaianan yang wujud dalam kehidupan seharian. Selain itu, pertandingan indoor games yang diadakan dapat membantu membina perkembangan kognitif belia dan mengisi masa lapang mereka. Program ini juga memberi peluang kepada para belia merasai sendiri kepelbagaian permainan yang wujud dengan hanya bermain di dalam kawasan rumah. Ianya juga memberi pendedahan kepada para belia mengenai jenis-jenis permainan indoor games dan juga merangsang pemikiran para peserta dalam membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial...baca selanjutnya

Program Kempen Mewarna Poster TQ Malaysia

08 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Program kempen mewarna poster TQ MALAYSIA, I LOVE MALAYSIA merupakan satu aktiviti untuk memupuk semangat cintakan Malaysia dan melahirkan kesyukuran kita sebagai rakyat Malaysia. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar Tabika KEMAS Kampung Chabau, dan pelajar-pelajar Tabika KEMAS Simpang Bekoh. Selain itu, ibu bapa pelajar dan juga masyarakat sekeliling turun mengambil bahagian dalam kempen mewarna poster TQ MALAYSIA, I LOVE MALAYSIA ini...baca selanjutnya

Sambutan Hari Malaysia, Sehati Sejiwa

12 September 2015 | Aktiviti Terkini

Program Sambutan Hari Malaysia (Sehati Sejiwa) merupakan satu aktiviti menjalin silaturrahim antara anggota ahli P1IM Kampung Chabau bersama masyarakat sekeliling dan ahli-ahli KEMAS cawangan Chabau dan pemimpin masyarakat. Bertujuan untuk meningkatkan perpaduan masyarakat, melahirkan rasa kesyukuran sebagai rakyat Malaysia dan memupuk semangat kesedaran cintakan Negara. Merupakan aktiviti anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kg Chabau bersama Perpustakaan Desa Kg Chabau dan KEMAS Kg Chabau. Antara aktiviti yang diadakan adalah tayangan filem patriotic (Tanda Putra) pertandingan menaip laju sajak kemerdekaan menggunakan Microsoft Word, pertandingan mewarna Bendera Malaysia menggunakan Microsoft Paint, pertandingan mewarna kraf 1Malaysia, pertandingan mewarna poskad kemerdekaan, pertandingan kuiz kemerdekaan dan pertandingan anyaman tudung saji bertemakan warna Bendera Malaysia. Antara tetamu VIP yang hadir adalah Pn Juwita Binti Omar, Penyelia Perpustakaan Desa Zon 3, Encik Abu Supian Bin Abu Samah, Pengerusi JKKK Kg Chabau. Anggaran masyarakat yang hadir adalah 50orang...baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

14 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu aktiviti bagi menjalin silaturrahim antara anggota JKKK Kampung Chabau bersama masyarakat sekeliling dan pemimpin masyarakat. Dengan adanya sambutan ini, dapat meningkatkan lagi perpaduan masyarakat, dan melahirkan rasa kesyukuran menyambut Aidilfitri. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah anjuran bersama JKKK Kg Chabau, KRT Kampung Chabau, Lembaga Masjid Al-Hidayah Kg Chabau, KEMAS Kg Chabau, dan Perpustakaan Desa Kg Chabau dan Pusat Internet 1Malaysia Kg Chabau. Majlis telah diadakan di kawasan perkarangan Pusat Internet 1Malaysia. Antara tetamu VIP adalah YB Datuk Hj. Ghazale Bin Muhamad, ADUN Kawasan Rim. Anggaran masyarakat yang hadir adalah seramai 100 orang...baca selanjutnya

"Grooming Workshop"

11 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

“Grooming Workshop” adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tentang cara memakai tudung atau selendang dan juga solekan asas untuk tampil cantik dan menarik sempena Lebaran ini. Pembelajaran adalah melalui aplikasi Youtube dan tutorial akan diajar supaya semua peserta dapat mengikuti cara-cara pemakaian dengan betul...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti