Pusat Internet

Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.

Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.

Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.

Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.

Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Majlis Jamuan Raya Harmoni

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dan mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti Kampung... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Chabau

Aktiviti Terkini | 1 Mei 2018

Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta dan mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 13, 20 & 27 April 2018

Bertujuan untuk memberi taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya

Pertandingan I-Math

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Dapat mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung dan menarik minat komuniti untuk mendaftar sebagai Ahli pusat Internet... baca selanjutnya

Jom Sertai Kami

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara peserta serta mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung... baca selanjutnya

Riang Ria Ke Sekolah

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2018

Dapat memberi semangat kepada pelajar dan menarik minat belajar dalam kalangan pelajar dan memupuk semangat bersatu padu dalam kumpulan... baca selanjutnya